Pihak Pengurusan PSS SMK Palong Dua (F), Gemas mengalu-alukan kunjungan kalian ke blog PSS kami. Blog ini dibina atas kesedaran untuk perkongsian maklumat selaras dengan hala tuju kehidupan mutakhir ini yang berpaksikan dunia tanpa sempadan. Tidak dapat dinafikan, perkongsian idea sering membuahkan hasil yang dihasratkan. Hal ini kerana segala kesukaran yang kita hadapi ketika merangka sesuatu tugas yang dipertanggungjawabkan dapat dipermudah dan disingkatkan dari segi jangka masanya lantaran lautan maklumat yang terbentang luas tanpa tepian kini terpapar jelas di skrin komputer, lebih-lebih lagi dengan munculnya blog dengan pelbagai genre yang begitu berpengaruh dalam dunia internet. Justeru, PSS sekolah ini tidak mahu ketinggalan dalam arus perdana ini. Sebarang sikap yang bercorak menongkah arus, pasti akan terhukum sebagai golongan jumud dalam dunia virtual yang bersifat segala-galanya mungkin.
Kami berkeyakinan bahawa penggunaan blog akan memperluas jaringan sumber ilmu pengetahuan. PSS kami juga berhasrat menjadi pemain yang produktif dalam jalinan lebuh raya maklumat ini. Bersama-sama blog ini, kami pautkan serba sedikit info bagi memenuhi maksud yang telah dinyatakan dalam perenggan awal alu-aluan ini. Untuk pengetahuan pengunjung yang dihormati, semua dokumen, fail, dan bahan yang terdapat dalam blog ini merupakan hasil sumbangan daripada beberapa orang warga staf akademik SMKPD yang terlibat secara langsung dalam disiplin profesionalisme mereka. Semua hak cipta adalah terpelihara dan milik sepenuhnya pss-smkp2.blogspot.com. Walau bagaimanapun, anda dibenarkan untuk berkongsi maklumat berkenaan selagi bahan-bahan tersebut tidak disalahgunakan. Selamat mengunjungi blog kami dan dipersilakan memuat turun bahan-bahan yang terdapat dalam blog ini sekiranya dapat membantu tugas kalian. Kami juga tidak berkeberatan untuk berkongsi informasi daripada pihak anda. “Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan”. Sesungguhnya, ilmu yang bermanfaat itu hak milik mutlak Allah SWT. Kita sebagai hambanya bertanggungjawab menyebarluaskannya untuk kepentingan manusia sarwajagat.
PUAN ROZIANA BT HUSAIN